Homepage\misi
MISI
FALSAFAH
SEKOLAH
Semua murid
di sekolah ini mempunyai kebolehan masing-masing dari segi intelek dan
fisikal dan mereka harus diberi peluang berkembang maju dari kebolehan
dan potensi mereka. Tujuan di atas boleh dicapai dengan adanya guru-guru
di sekolah ini yang mempunyai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan dedikasi.
Mereka boleh mendidik murid-murid di sekolah ini supaya memperolehi pelajaran
yang sempurna dan bermutu tinggi. Sekolah ini dengan menggabungkan tenaga
pendidikan yang sedia ada dan kerjasama semua ibubapa supaya melahirkan
golongan murid-murid yang berdisiplin, bertanggungjawab serta berguna kepada
diri sendiri, keluarga masyarakat dan negara. Sekolah ini menyedari bahawa
' semua murid boleh belajar dan boleh diajar ". Mewujudkan satu keadaan
yang baik bagi murid-murid belajar supaya menjauhkan diri dari pengaruh-pengaruh
yang tidak sihat. Sekolah ini akan berusaha membolehkan murid-murid dari
semua golongan baik miskin atau kaya akan dapat menyempurnakan pelajaran
asas mereka.
MATLAMAT SEKOLAH
1. Membolehkan
murid-murid memperkembangkan potensi dan kebolehan mereka. 2. Untuk mempastikan
perkembangan murid secara menyeluruh meliputoi aspek-aspek intelek, rohani,
jasmani, emosi, bakat, akhlak,nilai-nilai estatika dan sosial. 3. Mendidikkan
murid-murid supaya menjadi golongngan yang bertanggungjawab, bertolenrasi,
berdikari dan boleh bergaul mesra dengan kaum-kaum yang lain. 4. Mencapai
taraf pendidikan yang berkualiti. 5. Memberi pendidikan yang boleh meningkatkan
kemahiran manipulatif bagi mencari nafkah serta menyumbangkan tenaga kepada
masyarakat dan negara. 6. Meningkatkan mutu disiplin murid-murid. 7. Membahagikan
kerja-kerja atau tugas secara adil kepada guru-guru supaya mereka dapat
menunjukkan mutu kerja yang tinggi dan menafaat murid-murid di sekolah
ini. 8. Melengkapkan sekolah dengan kemudahan-kemudahan yang perlu agar
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalan dengan baik.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Meningkatkan
prestasi pengajaran dan pembelajaran murid-murid supaya dapat menguasai
asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. 2. Untuk
mencapai matlamat tersebut, murid-murid akan diberikan lebih banyak latihan-latihan
dan ujian-ujian. Selain daripada ini murid-murid dikehendakki mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan persatuan-persatuan agar
dapat mengembangkan bakat mereka dan menanam semangat bertoleransi, berdikari
dan kasih sayang di kalangan murid-murid. 3. Membina semangat, sikap dan
kelakuan yang baik berpandukan nilia-nilai kemanusiaa dan kerohanian yang
diterima dan dihargai oleh kepercayaan dan keyakinan kepada ibubapa akan
keupayaan sekolah ini memberi pendidikan yang baik dan sempurna. 5. Membina
sikap yang positif bersesuaian dengan persekitaran sekolah dan masyarakat,
6. Menghayati kebersihan dan kecantikan dan seterusnya mewujudkan sikap
mencintai alam semulajadi. 7. mengekalkan kecemerlangan dalam pencapaian
keputusan peperiksaan.