LATAR BELAKANG SEKOLAH Sejarah Ringkas Sekolah Sekolah ini terletaknya di Batu 2 Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat. Ia ditubuhkan pada tahun 1932 di Pasir Kangkong dengan nama ‘Sekolah Tow Nan’ dan diketahui oleh Encik Yap Tong Chai. Oleh kerana perkembangannya, ia dipindahkan ke pekan Bukit Pasir dan ditukarkan nama sebagai ‘Sekolah Chern Hwa’ sehingga sekarang. Ketika itu bilangan murid adalah kira-kira 30 orang.
Pada tahun 1935, Encik Lim Nga Kok menggantikan Encik Yap sebagai guru besar sekolah ini. Pencapaian akademik murid-murid pada masa itu sungguh menggalakkan. Ketika peperangan pasifik, satu lombong bijih timah beroperasi di sini menyebabkan bilangan murid bertambah. Akibatnya bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung murid-murid itu. Satu jawatankuasa pembangunan sekolah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah itu. Akan tetapi rancangan ini tergendala kerana penaklukan Jepun pada tahun 1942.
Pada tahun 1946, sekolah ini dibuka semula dalalm keadaan serba kekurangan . Encik Lim Nga Kok kembali memegang jawatan gurubesar. Jemaah Pengurus juga memutuskan untuk membeli tanah supaya dijadikan tapak sekolah, iaitu tapak sekolah sekarang.
Pada tahun 1957, bilangan murid bertambah ke 300 orang. Masalah kekurangan bilik darjah timbul semula. Pada tahun 1958, sederet bangunan bilik darjah didirikan dan pada tahun yang berikut, tiga buah bilik darjah didirikan. Pada tahun 1961, Encik Tan Kia Yong menggantikan Encik Lim sebagai gurubesar. Dibawah pimpinan beliau, banyak rancangan pembangunan sekolah telah dilaksanakan. Di antaranya ialah pembinaan sebuah dewan dan 5 buah bilik darjah, menambah kelengkapan, mengadakan perpustakaan, bilik alatan mengajar dan lain-lain. Bilangan murid meningkat ke 470 orang dan tenaga pengajar ialah 14 orang.
Pada tahun 1973, PIBG telah ditubuhkan. Sejak itu, persatuan ini banyak menyumbangkan bantuan wang dan moral untuk pembangunan sekolah ini. Pada bulan Disember 1986, Encik See Kheng Cheng pula menggantikan Encik Tan Kia Yong sebagai gurubesar sekolah ini. Beliau memegang jawatan ini sehingga 18hb Mac 1993. Pada bulan Mei 1993, Encik Lim Aik Kim menggantikan Encik See sebagai guru besar. Sejak tahun 1994 bilangan murid bertambah dengan cepat. Bilangan murid di sekolah kini adalah seramai 811 orang dan guru seramai 36 orang.
Pada 6hb Oktober 1990, YB Tuan Haji Daud B. Dato Hahi Tahar, Ahli Parlimen Batu Pahat dan YB Dr. Chua Soi Lek, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penggaram telah membuat lawatan ke sekolah ini dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi peruntukan memperbaiki bangunan berjumlah RM 30,000.00. Yang mana YB Tuan Haji Daud memberi sebanyak RM 20,000.00 dan YB Dr. Chua Soi Lek sebanyak RM 10,000.
Pada akhir tahun 1994 sebuah bangunan blok baru bertingkat tiga telah didirikan untuk mengganti bangunan yang lama.
Mulai tahun 1997 sekolah ini menjalankan 2 sessi persekolahan, iaitu sessi pagi dan sessi petang. Murid tahun 1, 4, 5 dan 6 ditempatkan di sessi pagi dan murid 2 dan 3 di sessi petang.
Sekolah dianugerah Sekolah Harapan Negara Negeri Johor 1997 dan Sekolah Cemerlang Daerah Batu Pahat Tahun 1997.
|
|